RAGUT  BEG TANGAN SEORANG GURU TASKA

Kuala Langat, Jan 21-

Seorang lelaki meragut beg tangan seorang guru wanita sebuah taska di Eco Sanctuary Telok Panglima Garang kira-kira pukul 8.20 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, superintendan Azizan Tukiman berkata, ia berikutan ujian saringan air kencing terhadap suspek berusia 26 tahun itu didapati positif dadah jenis syabu.

Menurut Azizan, pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mendapatkan barangan hasil ragut selepas hanya beberapa barangan sahaja ditemukan daripada suspek.

Ujarnya, suspek ditahan pukul 4 petang kelmarin di Kampung Sijangkang di sini iaitu kira-kira lapan jam selepas melakukan kejadian meragut, suspek menunggang sebuah motosikal telah mengacukan sebilah parang ke arah mangsa yang berusia 51 tahun yang ketika di dalam perjalanan ke taska dari tempat letak kereta.

Mangsa mengalami bengkak dan lebam di lengan selepas terjatauh ketika cuba mempertahankan beg tangan berisi wang tunai daripada diragut suspek,”ujarnya.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here