TANAH RUNTUH DI TAMAN NEGARA KINABALU

Kinabalu, Jan 21-

Kejadian tanah runtuh di kawasan tempat letak kereta di Taman Negara Kinabalu, Kundasang  tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa dilaporkan sekitar pukul 1 pagi semalam.

“ Tanah runtuh hanya berlaku di kawasan berhampiran simpang memasuki Taman Negara Kinabalu sepanjang 150 meter dengan 100 meter keluasan lebar.”kata Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Ranau, Mac Glen Frederick .

“ Runtuhan dipercayai ekoran daripada hujan lebat berterusan sejak beberapa hari. Namun kita sudah membuat penutupan kawasan terlibat untuk tindakan susulan” katanya.

Tuntasnya, Mac Glen menyatakan kejadian tanah runtuh yang berlaku tidak melibatkan penempatkan penduduk kampung.    

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here