THINAAH –PEARLY  MERAIKAN KEJAYAAN DALAM BADMINTON TERBUKA

Kuala Lumpur, Jan 21-

Beregu wanita Negara, M Thinaah- Pearly Tan melangkah ke pusingan kedua saingan badminton Terbuka Thailand Toyota penuh bergaya apabila menyingkirkan pilihan keenam dari Korea Selatan, Chang Ye Na Kim Hye Rin di Bangkok, semalam.

Pasangan muda Negara itu mencetuskan kebangkitan luar biasa apabila mereka yang tewas 16-21 di set pertama bangkit memenangi set kedua 21-15 sekaligus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Set ketiga nyata mendebarkan apabila kedua-dua pasangan bersaing hebat dengan saling mengejar mata, namun akhirnya Thinaah-Pearly menamatkan permainan dengan noktah kejayaan menerusi kemenangan 27-25.

Ketua jurulatih beregu wanita Negara, Chan Chong Ming manjadi individu paling gembira dengan prestasi ditunjukkan anak buahnya itu dan menyifatkan mereka memiliki kemahuan yang tinggi untuk menang.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here