KADAR KELAHIRAN SEMAKIN MEROSOT

Perkembangan dan pertumbuhan penduduk di Malaysia berlaku sejak tahun 1890 hingga sekarang.

Kadar pertumbuhan penduduk di negara ini dilakukan menerusi pelaksanaan banci penduduk dan perumahan yang dilakukan dari semasa ke semasa.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, penduduk di negara ini dianggarkan berjumlah 32.5 juta orang pada tahun 2019 berbanding 10.4 juta pada 1970.

Bagaimanapun, kadar kelahiran di Malaysia jatuh ke paras terendah dalam tempoh sedekad kepada 487, 957 pada 2019 iaitu penurunan sebanyak 0.6 peratus.

Laporan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar Jabatan Perangkaan Malaysia, Marlini Sahul Hamil memaklumkan penurunan kadar kelahiran di negara ini didorong oleh kemerosotan kadar kesuburan dan migrasi antarabangsa bersih.

“Penduduk umur tua meningkat dan penduduk bukan warganegara menurun. Putrajaya mencatatkan umur muda bekerja paling ramai.,” ujar laporan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Sementara itu, ketua perangkaan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, berkata kadar kesuburan jumlah di Malaysia kekal pada 1.8 anak bagi setiap perempuan berumur 15-49 tahun 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here