“PANDEMIK MENJADI ALASAN UNTUK MEMBATALKAN CUTI UMUM”- P RAMASAMY

GEORGE TOWN – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P. Ramasamy menyangsikan sama ada kerajaan Kedah pimpinan PAS akan mengembalikan cuti umum sempena perayaan Thaipusam  setelah wabak Covid-19 berakhir.

Dalam satu kenyataan, dia menuduh Kedah memperalatkan pandemik kesihatan sebagai dalih untuk membatalkan cuti, yang tahun ini jatuh pada 28 Januari.

Thaipusam dijadikan cuti umum di Kedah sejak tahun 2013 setelah ditujah oleh penganut Hindu selama bertahun-tahun.

“Di Kedah, pandemik ini menjadi alasan untuk menghukum orang Hindu malah Sanusi dikritikan sebagai seorang pelampau dan perkauman, kata Ramasamy, merujuk kepada Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor.

Dia menyatakan bahawa Sanusi, yang juga Timbalan Presiden PAS Kedah, sebelumnya mengarahkan pemecahan dua kuil Hindu dengan alasan pembinaan tidak sah.

“Salah satu kuilnya ditubuhkan sebelm Parti PAS yang berusia lebih dari 100 tahun. Hairan jika cuti umum Thaipusam dikembalikan setelah wabak itu mereda dalam pemerintaha PAS yang ekstremis, di bawah pemimpin MB Sanusi yang berfikir rasis” ujar Timbalan Ketua Menteri.

“Walaupun Sanusi membatalan cuti umum untuk perayaan keagamaan itu sebagai alasan bagi pandemik ini , dia pasti akan disoal kerana tidak mengendahkan fakta bahawa penganut Hindu akan terus menunaikan keperluan agama di rumah pada hari suci itu” kata P Ramasamy yang juga  ADUN kawasan Prai.

Ramasamy berkata, masalahnya adalah mengenai kerajaan Kedah yang mengecualikan penganut agama Hindu daripada cuti umum.

“Sekiranya percutian berlanjutan, ini akan memberi peluang kepada agama Hindu di negeri ini untuk mengatur sembahyang di rumah masing-masing, sedangkan semua kuil di seluruh negara ditutup. Mengapa peluang ini ditolak kepada penganut Hindu di Kedah? “

“Mengapa Sanusi  berfikiran sempit atas nama mengalahkan wabak itu?” kata Ramasamy, sambil menambah bahawa pengiktirafan Thaipusam sebagai cuti umum tidak mempunyai kesan terhadap ancaman Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here