PENGENALAN SALURAN TV PENDIDIKAN

Kementerian pendidikan akan meperluaskan saluran TV Pendidikan bagi menyokong program Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah.

“Kaedah penyampaian murid meluas berbanding pembelajaran secara dalam talian yang mempunyai kekangan seperti peranti dan capaian internet kerana lebih 90 peratus kediaman di Negara ini memiliki televisyen” kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk DR. Habibah Abdul Rahim.

“Justeru itu, untuk memeastikan pembelajaran lebih efektif di rumah, kita sudah kembalikan TV Pendidikan berbentuk terrestrial (siaran biasa),” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, kementerian pendidikan sudah memulakan kembali siaran TV Pendidikan melalui saluran Okey TV  dan ASTRO Tuto, iaitu dua jam sehari dari Isnin hingga ahad, bermula 9 pagi hingga 1.55 petang bagi Okey TV dan empat jam di saluran 601 dan 603.

Kemudian kita tambah lagi di stesen NTV 7 sebanyak tiga jam sehari, Isnin hingga Jumaat, bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari. Keseluruhannya, Sembilan jam sehari. Kita sedang merancang kerjasama dengan pihak (stesen televisyen) lain supaya ada lebih siaran TV Pendidikan lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here