140 GELANDANGAN DISELAMATKAN IBU NEGARA

Petaling Jaya- Jan 25

Seramai 140 gelandangan diselamatkan dalam satu operasi yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan, Jabatan Imigresen dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan malam kelmarin.

DBKL dalam kenyataannya berkata, kesemua gelandangan itu akan ditempatkan di Pusat Sementara Gelandangan (PSG).

Sebagai langkah keselamatan, mereka disaring terlebih dahulu mengikut tahap kesihatan sebelum dihantar ke PSG yang bersesuaian.

DBKL memberitahu, operasi yang dijalankan itu adalah selari dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 yang akan berakhir pada 4 Februari ini.

“Pada awal Mac, mereka akan dibawa ke Pusat Transformasi Gelandangan di Taman Desa, Kuala Lumpur.    

Pihak berkuasa tempatan itu memberitahu, gelandangan yang diselamatkan dijangka ditempatkan di PSG hingga penghujung bulan depan. Mereka akan diberi latiha kemahiran bagi memudahkan diterima untuk menyara hidup. Antara latihan yang dirancang adalah berkaitan pertanian bandar,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here