IMBASAN SETAHUN COVID-19 DI MALAYSIA

Kes pertama Covid-19 dilaporkan di Malaysia setahun yang lalu hari ini, pada 25 Januari 2020 melibatkan tiga pelancong warganegara China yang masuk melalui Johor dari Singapura.

Berita itu mendedahkan bahawa virus berbahaya yang membunuh ratusan orang di bandar Wuhan di China mula merebak di negara ini.

Malaysia setakat 24 Jan 2021 melaporkan sejumlah 183,801 kes dan 678 kematian. Kini terdapat lebih 40,000 kes aktif di negara ini.

Pandemik ini membawa kesan yang buruk kepada ekonomi negara yang tidak pernah terjadi sebelumnya, selain rekod paling rendah pertumbuhan suku kedua tahunan pada -17.1 peratus.

Memburukkan lagi keadaan, krisis Covid-19 hadir ketika situasi politik di Malaysia dalam keadaan terumbang-ambing. Pada awal krisis, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang akibat perpecahan dalaman PKR dan Bersatu yang menyebabkan Muhyiddin Yassin mengambil alih seba

Lebih-lebih lagi rakyat mengalami pelbagai isu sosial seperti penggangguran, majlis perkahwinan ditangguhkan, konflik rumahtangga yang kebanyakannya melibatkan golongan B40 dan masalah kewangan menjadi antara punca utama ketidakfahaman dan berlaku penceraian pasangan suami isteri kerana tertekan.

Sementara itu di semua negeri, pertempuran tanpa henti untuk menangani Covid-19 berlangsung setiap hari.

Setahun kemudian, jalan keluar yang kemungkinan hadir apabila vaksin berkesan diperoleh, dijangka tiba di Malaysia tidak lama lagi – meskipun masih ada keraguan dan kebimbangan terhadap keberkesanan dalam penyuntikan vaksin berkenaan.

Tetapi buat masa ini, negara sedang melaksanakan satu lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain itu, rakyat Malaysia juga menyaksikan pengisytiharan darurat, yang mungkin berlangsung hingga 1 Ogos bergantung tempoh wabak ini dapat ditangani.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here