PKP LEBIH KETAT SELEPAS 4 FEBRUARI

Petaling Jaya, Jan 26

Pelaksanaan perintah kawalam pergerakan (PKP) yang lebih ketat mungkin dilaksanakan selepas 4 Februari ini jika kadar jangkitan Covid-19 terus tinggi.

Kawalan lebih ketat itu mungkin melibatkan sector seperti pembuatan dan pembinaan.

Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah EU-MALAYSIA (Eurocham Malaysia) dalam satu kenyataan berkata, perkara itu dimaklumkan kepada pihak-pihaknya oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi satu pertemuan pada 22 Januari lalu.

Katanya, menerusi pertemuan mereka dimaklumkan bahawa kementerian kesihatan (KKM) tegas dengan pendirian untuk menutup sepenuhnya sektor ekonomi yang merupakan penyumbang utama penyebaran Covid-19.

99 kluster Covid-19 di seluruh negara berkaitan dengan sektor pembuatan, KKM percaya bahawa sektor tersebut merupakan punca utama jangkitan.

Sehubungan itu, Eurocham Malaysia berkata, MITI meminta agar semua syarikat tidak kira sama ada milik luar negara atau tempatan untuk bekerjasama mengurangkan jangkitan dan memutuskan rantaian Covid-19, supaya sektor ekonomi dapat diteruskan.

Syarikat juga diminta untuk mengambil tanggungjawab sekiranya aspek pengurusan pekerja asing atau perumahan mereka diuruskan oleh aagensi pekerjaan.

Terdapat kes yang mana kawasan tempat tinggal yang teruk atau pematuhan pengangkutan tidak dipatuhi oleh ejen itu, menyebabkan jangkitan meningkat,” katanya.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here