Thaipusam: Takut hilang sokongan Pas, Muhyiddin tak berani buka mulut

Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berani ‘membuka mulut’ berhubung tindakan kerajaan Pas Kedah membatalan cuti peristiwa Thaipusam bagi tahun 2021 kerana takut hilang sokongan PAS bagi kerajaannya yang terumbang-ambing kini, demikian menurut Ahli Parlimen Batu Gajah, V.Sivakumar.

Beliau berkata, isu ini telah membangkitkan kemarahan kaum India di seluruh negara dan apa yang nyata adalah kedaifan MIC dalam menyelesaikan pertikaian ini.

“MIC telah hilang keyakinan masyarakat India dalam 3 pilihanraya umum yang lepas.

“Saya tidak tahu apakah pendirian sebenar Dewan Perhimpunan Pendukung PAS dalam hal ini,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP Malaysia berkata MIC sebagai parti komponen kerajaan Perikatan Nasional tetap dianak tirikan seperti di zaman Barisan Nasional.

“Saya membantah sekeras-kerasnya tindakan Menteri Besar Kedah dan Kerajaan PAS yang membatalkan cuti peristiwa Thaipusam tahun ini dengan alasan penularan Covid-19.

“Rakyat Malaysia diseluruh negara akan bersama-sama dalam menuntut keadilan daripada kerajaan Perikatan Nasional yang sudah mula menindas kaum tertentu,” katanya.

Beliau turut menyifatkan kerajaan PAS tidak mahu tunduk kepada mana-mana pihak yang membangkitkan isu berkenaan membuktikan kesombongan dan kedegilan Menteri Besar Kedah Muhamad Sanusi Bin Md Nor yang tidak menghormati kaum India buat kali kedua.

“Walaupun ada dikalangan pemimpin-pemimpinnya telah membangkitkan isu ini, tetapi PAS dan Menteri Besar Kedah tidak mempedulikan parti tersebut,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here