COVID -19: SYARAT UPACARA PENGEBUMIAN

Sarawak, Jan 26-

Hanya 30 orang dibenarkan hadir pada upacara pengebumian di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) di negeri ini, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini.

JPBN, dalam kenyataan, memaklumkan jumlah individu yang hadir di tapak pengebumian sepanjang tempoh PKP dan PKPB juga dihadkan kepada 20 orang.

Memperincikan pandemik Covid-19 di negeri itu, JPBN menyatakan angka kematian akibat jangkitan Covid-19 di Sarawak meningkat kepada 30 kes pada Isnin, selepas dua lagi kematian dilaporkan dengan 120 kes baharu dicatatkan, menjadikan keseluruhan kes sebanyak 3,499.

Selain itu, kes baharu positif Covid-19 di Sarawak yang dikesan pada Isnin melibatkan 52 kes di Sibu, 11 di Subis, 10 di Miri, masing-masing sembilan di Dalat dan Bintulu, Kanowit (enam), Samarahan (lima), Julau (lima) dan Song (tiga).

Kuching dan Kapit masing-masing mencatatkan dua kes, sementara Sarikei, Pakan, Selangau, Lubok Antu, Telang Usan dan Serian masing-masing satu kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here