PENYELIDIK TEMPATAN PHD HARUS MENGASAH BAKAT

Petaling Jaya, Jan 27-

Kriteria bagi mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di negara ini perlu dilakukan menerusi pembaikan kelompangan dalam budaya penyelidikan dan inovasi (R&D) institusi-institusi akademik.

Lebih buruk lagi, terdapat segelintir penyelidik atau bakal professor tidak meletakkan kualiti penyelidikan sebagai keutamaan kerana membudayakan amalan ‘menumpang’ atas hasil kerja orang lain, memikirkan pangkat, jawatan tinggi lantas mengakibatkan hasil penyelidikan terperap begitu sahaja tanpa dikomersialkan secara meluas.

Penolong Professor Pengajian Komunikasi, Northern State University, South Dakota, Amerika Syarikat, Dr. Nuurrianti Jalli tidak menafikan hakikat tersebut kerana penyelidik sekadar menulis kajian, namun, tiada kesan besar kepada industri dan seterusnya memberi manfaat masyarakat.

“ Saya tersentak ketika pernah berkhidmat di tanah air, penyelidik dari luar negara mengkritik hasil tulisan kajian sains sosial segelintir pensyarah tempatan sebagai substandard. Soalan mereka, kenapa kajian mudah seperti ini perlu lima hingga enam orang penulis?

“ Kritikan ini adalah satu kesedaran dan cabaran buat semua penyelidik. Saya sendiri menganggap kritikan itu sebagai cabaran untuk bekerja keras menghasilkan lebih banyak kajian,” kata Penolong Profesor itu.    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here