Kerajaan menyasarkan memberikan suntikan vaksin kepada 75,000 orang sehari menerusi 600 pusat vaksinasi apabila program vaksinasi Covid-19 kebangsaan dimulakan pada Mac ini.

Jumlah itu akan ditingkatkan kepada 150,000 orang sehari yang turut meliputi do kedua bergantung kepada bekalan vaksin supaya sasaran vaksinasi terhadap 27 juta orang atau 80 peratus penduduk negara ini dapat dicapai pada hujung tahun ini atau Mac 2022.  

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata  “kita pertimbang 75000 orang sehari dengan kombinasi 600 tapak KKM termasuk klinik swasta dan hospital swasta serta kemudahan kesihatan awam ditambah kawasan vaksinasi luas yang saya sedang aturkan, jika berjalan lancar, kita boleh selesaikan paling cepat pada Disember ini,”

“ Kita sudah menyenaraikan dalam laman web dan aplikasi Mysejahtera yang mana anda boleh buat janji temu” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here