KEDAI RUNCIT BOLEH DIBUKA SEHINGGA 10 MALAM

Kuala Lumpur, Jan 29-

Kerajaan mengumumkan memberi kelonggaran operasi premis perniagaan seperti kedai runcit, kedai serbaneka, farmasi dan dobi mulai jam 10 hari ini.

Langkah itu adalah bagi menyeragamkan semua waktu operasi setiap perniagaan yang diluluskan dan diberi kebenaran semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan penilaian risiko terhadap sektor perniagaan berkenaan.

“Sebelum ini kita tahu banyak kekeliruan yang timbul selepas kerajaan memberi kebenaran kepada restoran dan kedai makan untuk beroperasi sehingga jam 10 malam.

“Justeru selepas penilaian risiko oleh KKM, maka sektor perniagaan lain yang termasuk dalam senarai dibenarkan beroperasi semasa PKP, boleh beroperasi sehingga jam 10 malam termasuk kedai dobi, kedai cermin mata, kedai pakaian dan lain-lain,” katanya dalam sidang media harian Covid-19, di sini, semalam.

Ismail Sabri berkata, keputusan itu juga dibuat selepas banyak permohonan daripada individu dan pihak yang terbabit dalam sektor berkenaan untuk melanjutkan operasi perniagaan mereka disebabkan faktor ekonomi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here