MENJEJAK LANGKAH DALAM RANCANGAN BAHASA MELAYU

Selepas lapan tahun mengendalikan program bahasa Tamil, pengacara, pelakon M Revathy menganggap sudah tiba masanya untuk menceburi diri dalam rancangan bahasa Melayu dan bahasa Ingeeris.

Revathy, 33, yang mula menjadi hos sejak 2013 sudah lama menyimpan impian mengendalikan program menggunakan medium bahasa lain selain bahasa Tamil, dengan pengalaman yang diraih.

“Sekiranya ada tawaran, pasti saya tidak akan menolak. Ini bukan sahaja dapat mewarnai profil seni, malah meberi cabaran berbeza selepas lama menjadi pengacara program bahasa Tamil” katanya yang mengendalikan program siaran langsung Vizhuthugal dan 360 Degree.

Revathy yang juga graduan jurusan kewangan, Universiti Utara Malaysia (UUM), turut menceburi bidang lakonan.

“Saya pernah membintangi filem Vedigundu Pasanga  pada 2018 dan drama televisyen (TV), Uravadum Nenjam pada 2015. Seronok diberi peluang berlakon. Saya berharap diberi  lebih banyak peluang untuk mengembangkan bakat saya dalam bidang lakonan,” katanya.

Selain menjadi hos, Revathy bekerja sepenuh masa sebagai pengurus pembangunan perniagaan di sebuah syarikat rakaman sejak tiga tahun lalu.

Revathy juga mengusahakan butik Vrayz Design di Klang.

“ Jadual harian saya padat dengan kerja. Secara rutin, pada sebelah pagi, saya bekerja di pejabat. Sebelah malam, saya bekerja di mengendalikan program TV.

Biarpun padat, saya seronok kerana melakukan kerja yang saya suka,” katanya yang menutup sementara butik disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan.   

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here