PENYERTAAN SECARA SUKA-SUKA AKHIRNYA MEMBAWA KEJAYAAN

Biarpun tanpa dialog, buah tangan  filem Tamil muda Nanthakuanaran Rajavijayan, 25 berjudul kaki bangku mengharumkan nama negara dengan mengungguli pertandingan filem pendek Tamil antarabangsa, Zee Reel, baru-baru ini.

Filem pendek karya penuntut Ijazah Sarjana Komunikasi Masa dari Kolej Damansara Utama (KDU) itu menewaskan lebih 100 penyertaan lain termasuk dari Singapura dalam pertandingan anjuran stesen penyiaran global, Zee Tamil Asia Pasifik.

Zee Reel dianjurkan dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Kali pertama menyertai pertandingan itu, pengarah muda berasal dari Rawang, Selangor itu amat terharu apabila karyanya menambat hati juri antarabangsa.

 “ Saya tidak mengambil masa lama untuk tampil dengan idea filem kaki Bangku. Idea serta jalan filem itu terhasil dalam sehari.

Penggambaran pula hanya mengambil masa kira-kira tiga hari dan semuanya dilakukan di rumah termasuk proses suntikan,” katanya. “ Saya sangat terharu dan terkejut apabila karya saya diumumkan juara dan mengetepikan lebih 100 calon lain.

Saya harap kemenangan ini menjadi batu loncatan untuk melangkah lebih jauh dalam bidang pengarahan.

  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here