PERAYAAN THAIPUSAM TAHUN 2021 DILESUKAN

Pertama kali dalam sejarah perarakan kereta pedati Dewa Murugan tiba di perkarangan Batu Caves tanpa sebarang banjiran ribuan pemuja dari seluruh negara. 

Bagi  mengawal penularan dan memutusan rantai pandemik Covid-19 susulan dari peningkatan kes,  orang awam dan penganut dilarang untuk mengunjungi tempat penyembahan. Penganut Hindu mengikuti arahan kerajaan dan mengamalkan  cara penyembahan yang sunyi di rumah  masing-masing.   

Perarakan kereta pedati  ke Batu Caves dibawa masuk ke kuil bersama pihak polis dimana arca Dewa Murugan didukung dan mencapai devasthanam kelmarin.

Begitu juga, di Pulau Pinang proses perarakan Kereta perak bertolak dari Jalan Pinang dan tiba di Kuil Arulmigu Sri Balathandayuthabani pagi semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here