SUAMI PENGGIAT YOUTUBE MASAKAN DIBEBASKAN

Youtubers S. Pavithra (left) accompany by the husband M. Sugu (right) during the meeting with Ipoh Mayor Datuk Rumaizi Baharin at his office.RONNIE CHIN/The Star

Seorang bekas pekerja ladang, M. Sugu, yang juga suami kepada penggiat YouTube masakan, S Pavithra , hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Seksyen di Ipoh dengan dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun, kerana kesalahan memiliki senjata berbahaya, Julai lepas.

Hakim Norashima Khalidu turut mengenakan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin terhadap Sugu, 30, setelah dia mengaku bersalah serta mengarahkan Sugu membayar kos RM3,000 kepada pihak pendakwaan.

Sugu didakwa melakukan kesalahan itu di tempat letak kereta Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, antara pukul 4 petang dan 6 petang pada 21 Julai 2020.

Ketika menjatuhkan hukuman itu, Norashima berkata mahkamah mengambil kira rayuan pihak pembelaan dan permohonan agar pihak pendakwaan menilai semula kes berkenaan.

Peguam Syahrul Nizam Mohd Rabi, memohon mahkamah membenarkan perintah bon berkelakuan baik di bawah Seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah atas alasan bahawa insiden berlaku kerana salah faham.

Syahrul Nizam berkata anak guamnya tidak pernah terlibat dalam sebarang kes jenayah dan perlu menyara dua anak yang masih kecil.

Pada 17 Sept 2020, Mahkamah Sesyen Ipoh melepas tanpa membebaskan Sugu, daripada tuduhan mencederakan Pavithra, 28, pada waktu kejadian selepas isterinya itu mengangkat sumpah bagi menarik balik pertuduhan dengan rela tanpa paksaan dan ugutan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here