PdPR: KANAK-KANAK HARUS DIAWASI

Kuala Selangor, Jan 30

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun terpaksa menahan kesakitan apabila dua jari kaki kanannya tersepit di celah kerusi dalam kejadian di rumah di Taman Desiran.

Difahamkan kejadian berlaku semasa dia sedang membuat kerja sekolah lalu terjatuh sebelum jari kakinya termasuk di celah kerusi berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.36 petang.

“Lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor ke tempat kejadian. Pasukan mengambil masa kira-kira enam minit untuk mengeluarkan jari kaki mangsa.

“Dia kemudian dibawa ke klinik oleh ahli keluarganya untuk mendapatkan rawatan. Operasi tamat sepenuhnya pada 4.46 petang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here