PENGHASILAN LEBIH BANYAK VAKSIN – NARENDRA MODI

India berhasrat memvbekalkan lebih banyak vaksin Covid-19 buatan temapatan ke negara lain, kata Perdana Menteri, Narendra Modi.

Hari ini dengan membekalkan vaksin pelbagai negara, kami juga menyelamatkan nyawa rakyat di negara lain.

Pada masa depan, kita akan mendapat lebih banyak vaksin dari India yang akan membantu negara lain memerangi wabak ini,” katanya dalam ucapan pada Forum Ekonomi Dunia Tahunan di Davos.

Institut Serum di India yang juga pengeluar vaksin terbesar dunia, mula merancakkan hubungan diplomasi vaksin dengan memberikan berjuta-juta dos kepada negara jiran.

Modi juga menyifatkan India sebagai negara yang berjaya mencegah tragedi besar dengan mengendalikan virus terbabit secara berkesan.

India kini adalah negara kedua terjejas akibat Covid-19 selepas Amerika Syarikat (AS) dengan 10,720,971 kes jangkitan termasuk 154, 047 kematian setakat semalam.

Setiausaha dalam Negeri India , Ajay Kumar Bhalla, berkata jumlah kes aktif di negara itu terus menurun dalam tempoh empat bulan lalu, tetapi masih perlu berhati-hati dengan pengawasan ketat.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here