SURI RUMAH PECAH RUMAH DIPENJARA EMPAT TAHUN

Kuala Pilah,  Jan 30-

Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah pada Jumaat selepas mengaku salah memecah masuk sebuah rumah dan melarikan wang tunai berjumlah RM 50, 000.

Tertuduh D Mogana, 24, dijatuhi hukuman itu selepas tertuduh membuat pengakuan tersebut terhadap pertuduhan dibacakan  hadapan Majistret Saifol Sayoti menjatuhi hukuman berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pecah rumah dengan memasuki rumah didiami R Letchmee, 78 dan mencuri          RM 50 000.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu lebih kurang jam 7 pagi di sebuah rumah di Taman Bahagia Delima, Kuala Pilah pada 21 Jan lalu.    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here