MENGHADAPI CABARAN UNTUK MEMBATALKAN PENUDUHAN KE ATAS 12 ORANG- TOMMY THOMAS

 Kuala Lumpur Feb 1-

Pada tahun 2019, 12 orang lelaki warga Malaysia telah dituduh menyokong Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). Kesemua tertuduh sejak itu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, atau dikenali sebagai SOSMA.

Presiden  Parti Bersatu,Perdana Menteri Tan Sri Muyiddin Yaasin turut tegas dalam menuduh kesemua 12 orang warga Malaysia” kata Tan Sri Tommy Thomas. 

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dalam buku memoirnya My Story: Justice In The Wilderness, beliau menjelaskan jamin bagi penuduh ditolak kerana tertuduh telah ditangkap dan ditahan selaras dengan prosedur-prosedur yang digariskan di dalam SOSMA.

12 orang yang dituduh untuk tindakan-tindakan pengganas berhadapan dengan pertuduhan memberi sokongan kepada LTTE, menyimpan gambar Ketua LTTE Velupillai Prabhakaran.

LTTE yang ditubuhkan pada Mei 1976 oleh Prabhakaran terlibat dengan pertempuran bersenjata terhadap anggota keselamatan kerajaan Sri Lanka dan menjelang akhir tahun 1980-an merupakan kumpulan militan Tamil yang dominan di Sri Lanka. Sejak 1983, lebih daripada 80,000 orang mati terbunuh dalam perang saudara yang memakan masa selama 26 tahun.

Tetapi dalam bukunya Tommy Thomas menjelaskan juga  bahawa sabitan terhadap mana-mana 12 tertuduh ke atas mana-mana  pertuduhan tidak pernah dalam sejarahnya menjalankan serangan-serangan keganasan di Malaysia.

 Ia adalah kewajipan pendakwa bahawa undang-undang diaplikasikan dengan betul dan mencari keseimbangan antara kepentingan awam yang bercanggah. Kesungguhan membuat persediaan untuk perbicaraan membuatkan ianya berbeza daripada penyiasatan oleh polis atau agensi siasatan yang lain.

“Sebagai  pendakwa hendaklah mengambil kira fakta-fakta yang hanya diketahui semasa kes berkembang setelah pertuduhan-pertuduhan dikenakan. Kecukupan bukti untuk membuktikan standard jenayah “melampaui keraguan munasabah” sentiasa menjadi cabaran”.

Ia adalah lazim untuk mempunyai idola yang diagungkan. Ia bukan sekadar bintang pop, ahli sukan atau pelakon yang dikagumi: personaliti-personaliti sejarah dan ahli politik adalah subjek yang sering dipuja. Oleh itu, jutaan orang di seluruh dunia mengagumi Lenin, Stalin, Mao Tse Tung atau Che Guevara dan seumpamanya.

Mempunyai gambar-gambar mereka dan representasi-representasi lain yang berkaitan dengan mereka di dalam telefon bimbit atau akaun Facebook seseorang tidak menukar seseorang menjadi pengganas.

Hanya kerana setiap seorang pemimpin ini menggunakan keganasan atau kekerasan untuk mencapai matlamat politik mereka tidak bermakna bahawa seorang penyokong tegar atas talian seharusnya dianggap sebagai seorang pengganas atau merancang perbuatan keganasan” jelas lagi Tommy. Saya hendaklah berpuas hati bahawa terdapat bukti yang mencukupi untuk memperolehi prospek yang jelas untuk sabitan terhadap setiap suspek bagi setiap pertuduhan. Dalam mencapai keputusan tersebut, saya hendaklah menjalankan budi bicara dengan bertanggungjawab dan saksama,” kata Tommy Thomas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here