TUN TIDAK BERSETUJU WAN AZIZAH MENYANDANG JAWATAN PERDANA MENTERI-TOMMY THOMAS

Pakatan Bersatu yang berpisah dari Parti Pakatan Harapan menyusul bekas Perdana Menteri meletakkan jawatan secara sukarela pada Februari tahun lalu – langkah yang menurutnya mencetuskan kemelut politik yang akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan PH.

Tindakan Tun Dr Mahathir didakwa campur tangan  dan mahu menjadi Perdana Menteri sementara, di saat Yang dipertua Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mencadangkan Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menyandang  jawatan itu, kata Tan Sri Tommy Thomas, Bekas Peguam Negara dalam buku memoirnya My Story: Justice in the Wilderness,yang diterbitkan kelmarin.

Dalam pendedahan menerusi buku memoirnya My Story: Justice In The Wilderness, bekas peguam negara itu turut menyifatkan Mahathir sebagai punca kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Punca utama kegagalan hubungan gabungan PH disebabkan pemimpinnya, Perdana Menteri Mahathir. Pemimpin PH bertanggungjawab atas kegagalan ini,” tulis Thomas.

Selain itu, Thomas mendedahkan tindakan Mahathir menggalakkan anggota parlimen Umno meninggalkan parti itu untuk melompat ke Bersatu juga membimbangkan.

Pada masa sama katanya tindakan Mahathir meminggirkan Presiden PKR Anwar Ibrahim – yang dipersetujui bersama untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kemudiannya – juga tidak disenangi.

“Yang memburukkan lagi keraguan Anwar untuk jadi Perdana Menteri jelas pada tahun pertama pentadbiran PH, ketika hubungan Perdana Menteri dengan musuh utama Anwar dalam PKR, Azmin Ali.

“Tindak balas PH yang disifatkan tidak aktif dan lambat berhubung isu perkauman dan agama juga membuahkan keputusan pelik dari Perdana Menteri.

“Selain mempertahankan rakan sekutunya – yang turut berjuang dalam pilihan raya umum Pilihanraya Umum ke-14) – Tun  malah mempelawa ahli parlimen Umno dan menyambut mereka dengan tangan terbuka.

Ketika Azmin berpaling tadah dengan meninggalkan PKR dan menyertai Muhyiddin yang membawa Bersatu keluar dari PH, Mahathir meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri.

“Ini bukan satu kebiasaan dalam politik moden. Perdana menteri yang selesa berkuasa, mengundurkan diri atas kehendak dan kemahuan sendiri dan ia tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong susulan Langkah Sheraton yang menyaksikan kerajaan PH hilang majoriti. 

“Bertegas dengan keputusan itu, dia sepatutnya meninggalkan dunia politik selepas memegang jawatan penting dalam negara,” katanya.

Jelas Thomas, keputusan untuk melantik Dr Wan Azizah – yang berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam kabinet Mahathir – pasti menjadi keputusan perlembagaan yang betul.

“Perlu diingatkan peletakan jawatan Tun bersifat peribadi, hanya sebagai perdana menteri. Jawatan itu tidak dibincangkan dalam pejabat mahupun seluruh kerajaan,” katanya lagi.

Dia turut mengkritik keputusan Mahathir membubarkan kabinet selepas perletakan jawatannya dengan berkata, barisan pentadbiran itu sepatutnya perlu dikekalkan.

“Sejak tahun 1970, pada zaman Tunku Abdul Rahman Timbalan Perdana Menteri akan menyandang jawatan setelah Perdana Menteri tamat perkhidmatan” dikenang oleh Tommy.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here