KANAK-KANAK  MENINGGAL DUNIA AKIBAT DIDERA

Melaka,Feb 2 –

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun meninggal dunia selepas dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya, petang Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, kanak-kanak malang itu didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya.

Terdapat luka kecil  sebesar tiga sentimeter di bahagian belakang kepala kanak-kanak yang meninggal dunia dipercayai didera selain lebam dan kesan kecederaan pada anggota badan mangsa.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas mangsa selama kira-kira 11 jam.

Mohd Sukri berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan penuh kerana doktor masih menunggu maklumat lanjut daripada bahagian makmal untuk mengesahkan punca kematian.

“Kita dimaklumkan memang terdapat kecederaan terutama di bahagian kepala, terdapat kecederaan dan lebam pada badan mangsa terutama sekali di bahagian belakang kepala mangsa, juga kesan luka baharu dan lama diseluruh anggota termasuk di belakang badan.

“Kita akan menyiasat punca kematian dan akan merakam percakapan tiga beradik sama ada ia disebabkan mangsa sendiri jatuh atau disebabkan perlakuan oleh mana-mana individu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan luar Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka di sini, pada Ahad.

Mengulas lanjut Mohd Sukri berkata, beberapa spesimen seperti jantung dan hati dihantar ke makmal untuk mengetahui punca kematian namun belum dipastikan keputusan berkenaan akan diperolehi.

“Maklumat makmal itu meliputi hasil dapatkan dari spesimen yang diambil termasuk dari bahagian paru-paru, jantung, hati dan bahagian abdomen lain namun setakat ini,kita yakin kecederaan itu berpunca daripada objek tumpul,” katanya.

JKM Melaka kemuka permohonan jaga dua anak suspek kes dera

Tambahnya, berdasarkan keadaan mayat mangsa diercayai mangsa baharu sahaja meninggal dunia kira-kira tiga jam.

“Dakwaan netizen mengatakan dua tiga hari mayat dah kembung tidak benar dan dia baharu sahaja meninggal dunia.

“Malah masa kita sampai di rumah mangsa, mangsa tidak berada dalam tong air yang dipercayai lemas di bilik air tingkat bawah, dan kita masih siasat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here