PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 2.0 DILANJUTKAN

Kuala Lumpur, Jan 2 

Kerajaan membuat keputusan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di seluruh negara kecuali Sarawak bermula 5 hingga 18 Februari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Sarawak bagaimanapun kekal di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Prosedur operasi standard (SOP) mengenai lanjutan PKP ini akan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita akan teruskan PKP dengan SOP lebih ketat sebagai contoh perlu dihadkan orang ramai masuk ke pasar raya bagi mengelak perkumpulan besar,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here