BITCOIN DILARANG DI INDIA

New Delhi, Feb 3-

India merancang untuk mengharamkan mata wang kripto sedia ada dan hanya membenarkan mata wang digital keluaran kerajaan negara itu.

Laman teknologi TechCrunch melaporkan, Dewan Rendah Parlimen mengumumkan usul untuk memperkenalkan undang-undang yang akan mengharamkan persendirian termasuk mata wang maya popular, Bitcoin di India.

Sebaliknya negara itu akan menghasilkan mata wang digital rasminya sendiri menerusi format yang dikeluarkan Bank Rizab India.

Usul mengenai akan dibincangkan pada sesi parlimen tahun ini.

Larangan itu sudah lama dijangka. India menolak mata wang kripto sebagai wang sah diperlakukan pada tahun 2018 dan mengusulkan larangan mata wang digital dengan pesalah bakal berdepan hukuman penjara 10 tahun. Bank rizab India memberi alasan bahawa mata wang kripto tiada bentuk fizikal dan tidak disahkan.

Kerajaan India mempunyai sebab tersendiri  untuk mengharamkan mata wang kripto persendirian. Antaranya adalah mata wang digital kerap berubah dan sukar dijangka selain cenderung dimanipulasi.

Mata wang kripto rasmi pula memberi lebih banyak kawalan kepada kerajaan dan mengehadkan pengaruh luar di samping memberikan kestabilan seperti mata wang konvensional.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here