LAPORAN POLIS TERHADAP TOMMY THOMAS

Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali akan membuat laporan polis terhadap seorang lagi bekas penjawat jawatan sama Tommy Thomas.

Apandi, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, mengesahkan dia akan membuat laporan polis di balai polis Sentul, Kuala Lumpur pada jam 2.30 petang ini.

Dia juga mengiyakan ketika ditanya sama ada ia berkaitan tulisan Thomas dalam memoirnya yang diterbitkan baru-baru ini.

Apandi berkata dia akan diwakili oleh peguam Baljit Singh Sidhu petang ini dan kenyataan media akan diedarkan selepas itu.

Apandi bagaimanapun tidak menyebut secara khusus berkaitan aduannya itu.

Kelmarin, bekas peguam cara negara Hanafiah Zakariah juga membuat laporan polis terhadap Thomas atas dakwaan memfitnahannya sebagai tidak mampu mengetuai dan mengawasi kes SRC International melibatkan bekas Perdana Menteri Najib Razak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here