MAQIS GAGALKAN CUBAAN SELUDUP PRODUK HASIL LAUT KE SINGAPURA. 

Iskandar Puteri- Feb 4,

Cubaan sebuah lori untuk menyeludup keluar pelbagai produk laut bernilai lebih RM 90000 tidak kesampaian selepas kenderaan itu ditahan oleh Jabatan Perkhidmatan Kurantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di Kompleks Sultan Abu Bakar di sini kelmarin.

Pengarah Maqis Johor, Nur Afifah A. Rahman berkata, pihaknya berjaya mengesan cubaan menyeludup produk berkenaan ke Singapura semasa pemeriksaan dibuat terhadap sebuah lori di laluan eksport pada pukul 11 malam.

“ Ketika pegawai menjalankan pemeriksaan, mereka mendapati terdapat beberapa barangan seperti ikan, sotong, udang dan lain-lain yang tidak mempunyai permit eksport sah.

“ Kesemua barangan yang dianggarkan bernilai RM92,760 itu dirampas untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambah Nur Affah, pemandu lori berusia 45 tahun itu telah diambil keterangan sebelum dibebaskan.

Menurutnya lagi, perbuatan mengeksport apa-apa jenis keluaran pertanian tanpa permit eksport sah Maqis adalah suatu kesalahan.

Jika disabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM 100000 atau penjara selama tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

“ Maqis komited menjalankan penguatkuasaan undang-undang dan akan terus diperkasakan di semua pintu masuk negara.

Langkah ini bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara serta mematuhi syarat dan pertauran yang ditetapkan,” jelasnya.      

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here