PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI

Kerajaan telah mengumumkan pelanjutan (Perintah Kawalan Pergerakan) PKP 2.0 sehingga 18 Februari 2021.

Dalam tempoh dua minggu ini, Kerajaan akan memantau perkembangan kes-kes harian COVID-19 mengikut sektor dan lokaliti serta menilai semula keberkesanan PKP yang dilaksanakan.

Jadi, dalam situasi pandemik pada masa ini, Kerajaan perlu mencari satu keadah yang berimbang, iaitu memastikan kehidupan ekonomi rakyat terus terjamin dan nyawa rakyat terus dilindungi.

Kaedah yang terbaik pada masa ini ialah membenarkan sektor-sektor ekonomi perlu  untuk terus beroperasi dan pada masa yang sama melaksanakan SOP yang ketat untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 yang sudah pun berada di tempat kerja, di kawasan kediaman dan di dalam komuniti kita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here