SUSPEK JUDI DALAM TALIAN DITAHAN

KUALA LANGAT: Kegiatan seorang lelaki tempatan menjadikan rumah miliknya sebagai pusat judi dalam talian sejak 2019 terbongkar apabila diserbu polis dalam Op Dadi (Calling Centre – Jol) di Jenjarom di sini, petang semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, operasi bermula jam 4 petang semalam itu membabitkan 15 pegawai dan anggota susulan risikan selama dua minggu.

“Sepasukan pegawai dan anggota D7 Bukit Aman menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat dijadikan pusat panggilan setempat dan perkhidmatan pelanggan bagi aktiviti perjudian dalam talian (JOL-Topup) yang mensasarkan pelanggan di Malaysia.

“Kita turut menahan tiga suspek iaitu seorang lelaki tempatan yang juga pemilik rumah, isterinya dan seorang pekerja wanita berumur lingkungan 20 hingga 31 tahun serta merampas enam telefon bimbit pelbagai jenama, dua unit modem, satu unit router, 11 simcard baru ONEXOX, dua komputer riba, jadual waktu bekerja, kereta Mercedez Benz, wang tunai berjumlah RM 453,450 dan dua keping cek Public Bank bernilai RM 200,000,” katanya dalam satu kenyataan.

Azmi berkata, siasatan mendapati, sindiket itu akan mengiklankan promosi judi dalam talian kepada pelanggan tempatan (dalam negara) untuk bermain perjudian dalam talian, di mana pelanggan perlu mendepositkan bayaran bagi mendapatkan ID/Pasword untuk memulakan permainan.

“Sindiket menggunakan aplikasi laman sesawang utama ‘http://ongmari77.com‘ bagi menawarkan perjudian dalam talian kepada pelanggan menerusi cara promosi, menguruskan dan pembayaran kepada pelanggan yang menang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here