Bomba pantau lokasi berisiko banjir di Pakan

Anggota Bomba dan Penyelamat Bintangor meneruskan pemantauan kawasan berisiko banjir di beberapa lokasi rendah di sekitar Daerah Pakan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata, ia susulan hujan lebat berterusan di daerah ini.

“Pihak bomba memberikan fokus kepada dua lokasi iaitu Sungai Julau, Pakan dan Kampung Rambutan, Sungai Pakan.

“Hasil pemantauan anggota paras air sungai agak tinggi daripada paras biasa di kedua-dua lokasi tersebut,” katanya dalam kenyataan kepada media, semalam.

Menurutnya, anggota bomba turut menasihatkan penduduk di kawasan rendah dan tebing sungai di kawasan terbabit agar sentiasa berjaga-jaga.

Katanya, amat penting bagi penduduk memastikan keselamatan mereka dan tidak panik sekiranya kediaman mereka dinaiki air.

“Kita turut mengingatkan penduduk agar menyimpan barang penting dan dokumen peribadi di kawasan yang selamat dan mudah untuk dibawa sekiranya kecemasan berlaku,” ujar Nicolas lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here