DUA JUTA MANFAAT e-LATiH  MENJELANG HUJUNG TAHUN

Putrajaya, Feb 9-

Kementerian Sumber Manusia menjangkakan platform e-LATiH dapat dimanfaatkan oleh kira-kira dua juta pengguna menjelang akhir tahun ini.

Menterinya Datuk Sri M Saravanan, berkata dalam tempoh 24 jam sejak dilancarkan kelmarin, seramai 5240 rakyat Malaysia mendaftar kursus melalui platform itu.

“ Saya gembira kerana rakyat Malayisa merebut peluang ini dan memanfaatkan pengetahuan itu dengan baik dan ini  membuktikan bahawa rakyat malaysia dapat menyesuaikan diri serta bersedia menerapkan teknologi dalam norma pembelajaran baharu.    

Jumlah pengguna yang menggunakan platform e-LATiH ini dijangka mencecah satu juta pada akhir Jun 2021 dan dijangka bertambah kepada dua juta pengguna mnejelang akhir 2021” katanya dalam kenyataan, semalam.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here