KILANG BEBOLA IKAN DAN BABI DISERBU

Kepala Batas, Feb 9-

Sebuah kilang pemprosesan bebola ikan dan babi di sini diarah tutup untuk dua minggu untuk kerja pembersihan selepas lipan, lipas, lalat dan najis tikus ditemukan di premis berkenaan.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid yang mengetuai Ops Tegar berkata, pihaknya juga menemukan lipan di dalam tong penyimpanan barang mentah dan najis tikus di dalam stor penyimpanan barang di situ.

Ketika serbuan, kami dapati proses penghasilan (produk) di atas lantai dipenuhi dengan lalat dan lipas kerana tidak tertutup. Kami risau berlaku keracuanan makanan,” katanya kepada pemberita selepas melakukjan serbuan di sini semalam.   

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here