Trump tidak bertanggungjawab atas tindakan penyokong – Peguam

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tidak bertanggungjawab ke atas tindakan penyokongnya merusuh di bangunan Capitol Januari lalu.

Sebaliknya, peguam Trump menegaskan, perusuh bertindak atas kemahuan sendiri.

Barisan peguam Trump juga mengemukakan bukti bahawa rusuhan dan protes dirancang beberapa hari sebelumnya.

Ini bermakna, Trump tiada sebarang peranan dalam insiden itu.

Kenyataan itu dibuat peguam Trump, menjelang proses perbicaraan yang dijadual berlangsung pada Selasa.

Trump didakwa mendorong kelakuan ganas penyokong menerusi ucapannya.

Protes dan rusuhan penyokong Trump di bangunan Capitol menyaksikan lima orang maut termasuk seorang anggota polis.

Trump merupakan satu-satunya presiden yang didakwa sebanyak dua kali.

Beliau bagaimanapun menegaskan tidak akan memberi sebarang keterangan.

Peguam Trump dalam pada itu mempertahankan tuduhan ke atas Trump yang tidak berasas kerana beliau kini merupakan hanya rakyat biasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here