USAHA EBIT LEW MEMBELI 500 UNIT TABLET KEPADA PELAJAR DENGAN SUMBANGAN TMJ

Johor Bahru, Feb 9-

Pendakwah terkenal Ebit Lew menggunakan wang sumbangan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berjumlah  RM 200,000 untuk membeli sebanyak 500 unit gajet.

Beliau berkata semua gajet berkenaan akan diagihkan kepada pelajar yang memerlukan bagi menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah(PdPR)

“Terima kasih TMJ. Saya gunakan wang sumbangan itu membeli 500 tablet bagi 500 pelajar untuk kelas online.

“ Syukur dah sampai. Hari ini kami akan agihkan kepada yang memerlukan. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya dalam hantaran terbaharu menerusi Facebook miliknya pada Isnin.

Pada 5 Februari lalu, Tunku Ismail menerima kunjungan Ebit Lew dan menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM 200,000 di Istana Bukit Pelangi di sini.

Dalam pertemuan tersebut, Tunku Mahkota Johor turut menzahirkan rasa kagum dengan usaha Ebit Lew menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan dari seluruh Negara termasuk Johor.   

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here