USAHA MENYELAMAT 200 MANGSA HILANG DALAM GLASIER RHISHIKESH

Ratusan anggota tentera dikerah ke kawasan Himalaya di India pada Isnin untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) hampir 200 mangsa yang hilang susulan runtuhan glasier yang mengakibatkan limpahan besar air sungai.

Kejadian pada Ahad itu menyaksikan dua projek loji jana kuasa dan jambatan di kawasan pergunungan di wilayah Utarakhand musnah.

Operasi SAR kini tertumpu pada sebuah terowong sepanjang 2.5 kilometer(km) di mana terdapat beberapa pekerja dipercayai terperangkap.

Jurucakap pasukan polis sempadan Indo-Tibet, Vivek Pandey berkata seramai 30 hingga 35 pekerja dipercayai masih berada di dalam terowong.

“Pasukan penyelamat sedang berusaha untuk masuk ke dalam bagi membantah mengeluarkan semua mangsa.”

Namun masih belum ada komunikasi suara atau isyarat yang didengar daripada terowong tersebut,” katanya.

Sementara itu, jumlah kematian akibat kejadian itu meningkat kepada 18 orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here