VIJAY SETHUPATHI DALAM SIRI WEB BERJUDUL SUNNY

Pelakon Bollywood Shahid Kappor dan bintang filem Vijay Sethupathy akan berganding dan sama-sama menjayakan penggambaran sebuah siri web berjudul Sunny.  

Karya terbitan Amazon Prime Original itu tersebut diarahkan oleh pengarah duo terkenal iaitu Raj dan DK.

Menurut sumber, Amazon telah membelanjakan sejumlah kos yang tinggi untuk menjayakan projek filem tersebut termasuk melunaskan sejumlah bayaran tinggi kepada dua pelakon itu.

“Oleh kerana kejayaan filem terdahulu berjudul The Family Man, Amazon mempercayai Pengarah Duo dan mereka mencadangkan nama kedua-dua bintang besar itu untuk berlakon dalam Sunny,” kata sumber tersebut.

“ difahamkan, Shahid telah meminta bayaran tambahan sebanyak RM 2.2 juta, manakala Vijay pula meminta sejumlah RM 3 juta untuk terlibat dalam siri tersebut.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here