Nelayan Temui Mutiara Bernilai RM1.39 Juta Ditahan Polis

Seorang nelayan yang menjadi jutawan segera selepas menemui mutiara Melo berwarna oren bernilai RM1.39 juta dilapor ditahan pihak polis Thailand pada Jumaat lalu.

Menurut Daily Mail, pihak polis telah menyerbu kediaman nelayan itu selepas mendapat aduan bunyi bising oleh jirannya dipercayai kerana menganjurkan sebuah parti bagi meraikan kekayaannya.

Hasil serbuan, polis menemui kira-kira 16,000 biji tablet dipercayai dadah jenis methamphetamine serta dua bungkusan mengandungi bahan yang belum dikenalpasti.

Bagaimanapun lapor portal itu, nelayan tersebut menafikan kotak-kotak berkenaan adalah miliknya. Pun begitu, hasil ujian forensik, polis mendapati terdapat kesan cap jari lelaki berkenaan pada kotak-kotak itu.

Minggu lalu, nelayan tersebut mendapat perhatian warga dunia apabila menemui salah satu mutiara paling mahal di dunia berwarna oren ketika mengutip cengkerang di tepi pantai berhampiran rumahnya.

Mutiara itu kemudiannya ditawarkan untuk dijual pada harga 10 juta Baht atau £250,000, bersamaan kira-kira RM1.39 juta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here