Ramesh Rao tiba untuk pertuduhan di Mahkamah Taiping

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia, Ramesh Rao tiba di Mahkamah Sesyen Taiping untuk pertuduhan berhubung dakwaan hakim terbabit perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak ada pertalian saudara dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ramesh tiba di pekarangan mahkamah pada jam 9.15 pagi diiring peguamnya

Difahamkan, Ramesh akan dituduh mengikut Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi 1998.

Julai 2020, media tempatan melaporkan satu laporan polis dibuat terhadap Ramesh susulan ciapan Twitternya membabitkan hakim Mahkamah Tinggi yang membuat keputusan kes SRC International melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here