SEBUTAN SEMULA KES BUNUH JURUTERA 2 MAC

Sepang, Feb 9-

Mahkamah Majistret di sini semalam menetapkan 2 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes bunuh seorang jurutera tapak Oktober tahun lalu.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membuat keputusan itu selepas tertuduh, artis tempatan VJ Emergency, P Vijayan, 42 dibawa di hadapannya pagi semalam.

Sementara itu, peguam bela tertuduh Datuk Sheelan Arjunan yang ditemui di luar mahkamah berkata beliau membuat permohonan untuk tarikh sebutan berikutan hanya lapora DNA yang sudah sedia manakala laporan bedah siasat, forensik belum diterima.

“ Saya memaklumkan kepada mahkamah kes itu tiga bulan berlaku dan laporan perlu disegerakan,” katanya.  

Pada 10 November yang lalu, Vijayan didakwa di mahkamah sama terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh K Seri Ganis Kanapathy Pillay, 42, media melaporkan ditemui rentung dalam kenderaan mewah di kawasan bersebelahan Jalan Airport City 2, airport business centre Kota Warisan antara jam 2.38 hingga 4.50 pagi pada 28 Oktober lalu.

Jika disabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori. Siasatan awal mendapati kenderaan itu yang didaftarkan di Subang Jaya milik seorang lelaki yang juga seorang jurutera tapak binaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here