Sebut sahaja nama Karishma pastinya menghadirkan gerun kepada pemain-pemain pertahanan pasukan lawan yang ditugaskan mengawal penyerang skuad bola jaring kebangsaan itu terutama dalam saingan domestik.
Ia tentu menjadi kelebihan buat Selangor dalam misi memburu kejuaraan edisi sulung Netbal Super League (NSL) di Stadium Juara Bukit Kiara, Kuala Lumpur tidak lama lagi.
Selain daripada Karishma An Najwa dan Hasrin Nur Fira Syuda turut diperkuatkan dengan pasangannya skuad kebangsaan.
Bagi Karishma, status An Najwa sebagai pemain pertama Malaysia beraksi di luar negara selepas menyertai kelab Australia, GreaterWestern Sydney Fury pada 2018 secara tidak langsung menguntungkan Selangor untuk saingan NSL 2021.
Justeru, Karishma, 22 mletakkan sasaran untuk melangkah ke pentas final meskipun sedar bakal berhadapan cabaran hebat daripada dua pasukan pilihan iaitu Kuala Lumpur dan Johor selain Pahang serta Perak.
Turut bertanding dalam NSL ialah Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan saingan yang sepatutnya diadakan 22 Januari lalu tetapi ditunda kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri kecuali Sarawak hingga 18 Februari ini.