CEMBURU MEMBAWA MAUT

KUALA LUMPUR, 30 Mac -- Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal ketika ditemu bual selepas melawat lokasi penemuan mayat seorang wanita dipercayai sudah mati lebih seminggu di kawasan semak di Jalan PJU 9/1, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Petaling Jaya, Feb 11-

Seorang wanita warganegara Indonesia, 40 meninggal dunia di sebuah rumah di kawasan Flat Pelangi Damansara, Petaling Jaya. Pihak polis turut menemui kesan lebam di bahagian tubuh badan mangsa. Punca kematian mangsa masih belum dikenalpasti lagi. Namun begitu, mangsa telahpun dibawa ke pusat perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat.

ACP Nik Ezanee Bin Mohd Faisal, Ketua Polis daerah Petaling Jaya membuahkan hasil dengan tertangkapnya suspek utama dalam kejadian ini. Suspek adalah seorang lelaki warganegara asing berumur 29 tahun merupakan suami kepada mangsa.

Sususlan itu, seorang lagi suspek kedua, 45 tahun di sebuah tapak pembinaan Klang ditangkap, mengaku beliau isteri kedua kepada suspek utama sejak bulan November lalu.

“Suami mangsa mengaku bahawa telah bergaduh dengan mangsa pada 8 Februari 2021 jam 10 malam apabila mangsa telah melihat suami membuat video tiktok bersama isteri keduanya. Dalam pergaduhan tersebut, mangsa telah menumbuk dan menampar mangsa berkali-kali hingga mangsa tidak bergerak lagi. Seterusnya membiarkan mangsa sendiri dan terus keluar dari rumah menuju ke Klang,” kata Nik. 

Kedua-dua suspek ditahan reman dan disiasat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan kerana kesalahan membunuh. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here