KERETA JIMAT MINYAK MENJADI PISANG GORENG PANAS

Kekangan ekonomi dan kemampuan kewangan yang terhad menyebabkan permintaaan terhadap kereta-kereta terpakai berharga bawah RM 10 000 laris ibarat pisang goreng panas sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada Mac tahun lalu.

Situasi tersebut didorong oleh faktor penjimatan minyak bagi kereta selain pembeli enggan dibebani dengan hutang pinjaman bank yang terlalu lama apabila mendapatkan kereta baharu.

“ Kereta kini merupakan salah satu keperluan penting dalam kalangan masyarakat dan bukan lagi bersifat kemewahan,” kata pemilik syarikat jualan kenderaan ABL Motorkarz Resource, Hasbullah Abdullah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here