19 MAUT DALAM LETUPAN KILANG MERCUN DI INDIA

Virudhunagar, Feb 15-

Pihak berkuasa semalam mengesahkan pada 13 Febuari sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh  termasuk 11 wanita, dalam letupan di sebuah kilang mercun di India.

Letupan yang berlaku tengah hari kelmarin di daerah Virudhunagar itu adalah antara tragedi  terburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini di Tamil Nadu.

“Setakat ini, 34 orang cedera dan sedang menjalani rawatan termasuk beberapa yang melecur teruk” kata Pegawai Tempatan R Kannan.   

“Kami menemui hampir 50 mangsa dalam tempoh empat jam pertama termasuk sembilan rentung dan sembilan lagi mati sewaktu menerima rawatan” kata pasukan mencari dan menyelamat SAR.

“Terdapat kira-kira 74 orang sedang bekerja di kilang berkenaan semasa letupan itu berlaku dan polis masih menyiasat punca letupan,” katanya.

Menurut laporan media tempatan, kilang berkenaan Shree Mariyammal Fireworks beroperasi secara haram dan portal berita The Newsminute pula melaporkan bahawa pemilik kilang sudah menghilangkan diri.

Menurut pihak polis pula, kini mencari tiga suspek termasuk pemilik lesen, Santanamari, kerana beroperasi di premis haram menempatkan 60 bilik itu, yang turut di sewa kepada orang lain.

Perdana Menteri Narendra Modi mengucapkan takziah mengumumkan pampasan 200000 rupee (RM 11138) kepada setiap keluarga mangsa yang maut dan 50 000 (RM 2784) rupee kepada yang cedera.

Selain itu, Ketua Menteri Tamil Nadu, Edappadi K Paniswami turut berbuat demikian dan mengumumkan pampasan 300000 (RM 16 700) kepada setiap mangsa yang maut dan 10000 rupee (RM 5569) kepada yang cedera.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here