Geogetown, Feb 15-
Kesungguhan pihak Sekolah Jenis kebangsaan Tamil (SJKT) Bayan Lepas di Pulau Pinang yang mengambil inisiatif menjual beg boleh guna semula akhirnya mebuahkan hasil apabila berjaya merealisasikan hasrat menyediakan tablet kepada murid-murid yang memerlukan bagi mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
Guru Besar SJKT Bayan Lepas S. Sangga berkata pihak sekolah berjaya memebeli sejumlah 83 unit tablet menggunakan hasil jualan beg guna semula itu ditambah dengan sumbangan orang ramai yang kesemuanya berjumlah RM 24 000.
“ Selebihnya adalah sumbangan daripada ibu bapa, orang awam, dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan)yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada projek ini. Jadi ini adalah kejayaan bersama,” katanya ketika ditemui di sekolah itu pada Ahad.
Beliau berkata, penyediaan tablet kepada 83 murid sekolah itu yang kurang berkemampuan adalah bagi memudahkan sesi PdPR memandangkan kira-kira 80 peratus daripada 130 pelajarnya terdiri daripada kalangan keluarga b40.
Sangga berkata, pihak sekolah akan meminjamkan tablet itu kepada murid terbabit selama setahun dan seterusnya memberi peluang sama kepada murid lain pada masa akan datang.
S.Sasikala, 35 pula berkata penyediaan tablet oleh pihak sekolah akan membolehkan anak perempuannya yang merupakan murid Tahun Tiga mengikuti sesi PdPR selepas keluarga beliau berdepan kekangan kewangan untuk membeli alat peranti.
“Di rumah tiada kemudahan WiFi, telefon pintar pun tak cukup dan tak mampu nak beli. Jadi saya amat berterima kasih kepada pihak sekolah kerana menyediakan kemudahan tablet sekali dengan kad sim, ia amat membantu,” katanya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang.