MALAYSIA SEDANG MELANDA EL-NINA SEDERHANA

Negara kita sedang mengalami kejadian El nina sederhana berbanding tempoh sama tahun lepas, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET MALAYSIA) tidak menjangkakan cuaca panas melampau atau ekstrem akan berlaku di beberapa negeri pada tahun ini.

Ketua pengarah Jailan simon berkata, keadaan kering dan panas kini masih berada pada tahap biasa.

“Sebenarnya keadaan cuaca di Malaysia masih terkawal dan berada dalam suhu maksimum iaiatu 34 darjah Celcius, cuma ada beberapa tempat di utara tanah air seperti Kedah dan Perlis berlaku peningkatan iaitu 35 darjah Celcius” katanya.

Dalam tempoh ini taburan hujan agak rendah di semenanjung terutama di utara menyebabkan cuaca agak panas terutama pada waktu malam apabila mendapati litupan awan.

Orang awam  juga sentiasa diingatkan  supaya  minum banyak air dan kurangkan berada di luar rumah untuk mengelakkan dehidrasi,” katanya.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here