SKANDAL 1MDB :  MAKLUMAT YANG DIBERI OLEH JHO LOW TIDAK MASUK AKAL

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bahawa beliau tidak pernah mendapatkan pengesahan daripada Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai peranan ahli perniagaan kontroversi Low Teak Jho atau Jho Low.

Mohd Hazem Abd Rahman, 47 berkata ia termasuk maklumat atau perkara-perkara yang disampaikan Jho Low mengenai hal ehwal pengurusan 1MDB.

Sebaliknya, ketika menjawab soalan daripada peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, Mohd Hazem berkata, beliau mempercayai sepenuhnya maklumat yang diberi ahli perniagaan kontroversi tersebut.

Bagaimanapun, saksi pendakwaan ke -10 berhubung kes rasuah 1MDB dan pengubahan wang haram membabitkan bekas Perdana Menteri itu mengakui, tidak semua arahan Jho Low mengenai pengurusan 1MDB boleh diterima akal.

“ Ada sesetengah perkara berhubung aspek kewangan syarikat boleh diterima tetapi kadangkala tidak masuk akal.

Najib 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memeproleh suapan berjumlah RM 2.3 billion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya utama, Datuk Seri Gopal Sri Ram, manakala peguam mewakili Najib diketuai Muhammad Shafee.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung pada Selasa.  

  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here