BERHENTI MENYEBARKAN FAHAMAN DRAVIDA DI SEKOLAH.

Persatuan Hindu Malaysia menyesali pengabaian Hindu yang serius dan penyebaran fahaman Dravida di sekolah, terutama di sekolah-sekolah Tamil. Persatuan Hindu Malaysia telah menuntut agar beberapa pegawai di Jabatan Kurikulum Kementerian Pendidikan segera menghentikan penyebaran fahaman Dravida di sekolah.

Sejak kebelakangan ini, beberapa pegawai di Kementerian Pendidikan telah memberi penekanan kepada prinsip-prinsip Dravida dan melakukan perkara-perkara tertentu.

Persatuan Hindu Malaysia berhasrat untuk menulis surat memo kepada Kementerian Pendidikan untuk mengambil tindakan terhadap pegawai berkenaan sekiranya mereka dikenal pasti.

Pihak Persatuan Hindu Malaysia menunjukan ketidakpuashatian dalam isu penyebaran  kebijaksanaan pelopor Thanthai Periyar  dan pengabaian agama Hindu berlaku dalam buku teks tahun enam untuk sekolah Tamil sejak 2016.

Persatuan Hindu Malaysia meminta pegawai kerajaan untuk segera menghentikan tindakan tersebut kerana secara tidak langsung boleh membahayakan generasi muda di masa depan.

Selanjutnya, idea Tahun Baru Tamil disambut pada hari pertama bulan Januari di buku teks sekolah tidak diterima oleh Persatuan Hindu Malaysia dan sebahagian besar orang Tamil di negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here