DIDIK TV KPM  BANTU PdPR – PM

Kuala Lumpur, Feb 17-

Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin saluran DIDIK TV Kementerian Pendidikan (KPM) dapat membantu pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), khususnya murid yang tiada akses kepada pendidikan secara dalam talian, katanya ketika berucap menyempurnakan pelancaran DIDIK TV KPM, hari ini.

Perdana Menteri berkata, ibu bapa turut boleh meluangkan masa menonton saluran terbabit bersama anak mereka.

“DIDIK TV KPM akan menyiarkan program berteraskan kurikulum serta kokurikulum KPM, dan saluran ini juga menyiarkan berita mengenai dunia pendidikan dari peringkat prasekolah hingga Tingkatan Enam.

“Ini termasuk program bercorak didik hibur serta kandungan yang dihasilkan oleh murid. Muhyiddin berkata, kaedah PdPR secara dalam talian belum dapat dilaksanakan secara menyeluruh kerana sebahagian besar murid tidak memiliki peranti sesuai, selain faktor kekangan akses kepada internet.

“Kerajaan sedar murid-murid terdiri daripada pelbagai latar belakang, sama ada di kawasan bandar, luar bandar ataupun kawasan pedalaman.

“Oleh yang demikian, kita perlu terima hakikat pelaksanaan PdPR secara dalam talian belum dapat dilaksanakan secara menyeluruh dalam tempoh yang singkat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here