‘INDAH KHABAR DARI RUPANYA’

Health Ministry staffs take a break for 10 minutes during they conducting screening test Covid-19 for Kampung Baru residents and foreigners at Masjid Kampung Baru. AZHAR MAHFOF/The Star( 7/4/2020)

Petaling Jaya, Feb 17-

Tindakan kerajaan meletakkan syarat terhadap bantuan “one-off” RM500 untuk petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM) hanya indah khabar dari rupa apabila pemberian bantuan itu mempunyai kadar dan kelayakan yang sangat berbeza.

Adnan Mat berkata syarat yang diletakkan KKM baru-baru ini melalui surat edaran yang dikeluarkan pada 11 Feb lalu disifatkan sebagai tidak adil dan berbeza dengan janji pada pembentangan Belanjawan 2021.

“Cuepacs mewakili seluruh petugas barisan hadapan KKM meluahkan rasa kekecewaan kerana pemberian ‘one-off’ itu “Kadar dan kelayakan bagi pemberian ‘one-off’ telah ditetapkan kepada kadar penuh RM500 dan kadar separuh RM250.”

Adnan berkata petugas KKM hanya layak mendapat kadar penuh RM500 jika telah dibayar elaun khas Covid-19 tahun lalu pada kadar penuh selama tiga bulan atau lebih.

Katanya, manakala mereka yang menerima elaun kurang daripada 3 bulan atau kadar separuh hanya layak menerima kadar separuh RM250.

 “Tindakan KKM ini bukan sahaja boleh menyebabkan semangat perjuangan barisan hadapan luntur malah memberi tanggapan negatif kepada kerajaan,” katanya.

Pada 11 Feb lalu, Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba berkata bayaran “one-off” RM500 kepada 140,000 petugas barisan hadapan KKM akan mula dibayar 1 Mac ini.

Pada 18 Jan lalu, semasa pengumuman khas Pakej Bantuan Pelindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bayaran “one-off” RM500 kepada petugas KKM, akan mula dibayar suku pertama tahun ini.

Dalam pada itu, Adnan berkata walaupun petugas itu tidak mendapat tuntutan penuh elaun khas Covid-19, ia tidak bermaksud sumbangan petugas kurang.

Adnan berkata Cuepacs menggesa agar KKM membuang semua syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan dalam pemberian one-off ini kepada petugas barisan hadapan.

Katanya, Cuepacs berpendapat semua petugas KKM yang dikategorikan sebagai barisan hadapan dan telah bertungkus lumus dalam menangani pandemik Covid-19 layak diberi RM500 tanpa mengambil kira syarat tambahan.

“KKM perlulah menyerahkan kuasa kepada ketua jabatan untuk menentukan siapakah barisan hadapan yang layak untuk menerima one-off RM500 terutama pasukan barisan hadapan yang telah ditetapkan oleh jabatan masing-masing untuk bertugas sebagai frontliner.

“Sudahlah pemberian elaun khas Covid-19 penuh dengan dokumentasi dan pelbagai syarat sehingga petugas barisan hadapan merasa malas untuk menuntut elaun berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here